Pengaruh Program Televisyen Dan Kesannya Kepada Pelajar
TELEVISYEN adalah media yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat terutama golongan pelajar. Televisyen menayangkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan. Pelajar merupakan golongan yang teramai menonton televisyen. Rancangan yang menjadi kegemaran mereka adalah hiburan, seperti kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi kartun di televisyen sering berorientasikan hiburan yang patut dijauhi kerana ia bukan mematangkan tetapi menjadikan pelajar berfikiran negatif.
Banyak kesan negatif menonton televisyen kepada golongan pelajar, bukan hanya terhadap fizikal menurut sains tetapi juga terhadap emosi dan tingkahlaku. Antaranya ialah menjejaskan prestasi akademik. Menurut laporan Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1994), pencapaian akademik jatuh ketara bagi pelajar yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu.
Otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia seperti otot: jika kita tidak membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak melatih otak, ia juga akan lemah. Kemahiran bahasa boleh dirangsang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen. Menonton televisyen adalah proses interaksi sehala sahaja iaitu televisyen menayangkan rancangan dan pelajar sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak kreatif.
Melalui televisyen, pelajar lebih banyak terdedah kepada unsur keganasan. Keganasan di televisyen terlalu banyak berbanding dengan dunia realiti seperti bunuh membunuh, pukul memukul, tembak menembak, tampar menampar, dan sebagainya yang boleh diistilahkan sebagai ganas. Unsur ini jika tidak dibendung mendatangkan mudarat yang besar pada emosi pelajar dalam kehidupan.
Rancangan yang ditayangkan juga mempunyai imej-imej seksi dan berunsurkan seks. Jika si hero mempunyai imej ganas, si heroin pula mempunyai imej seksi. Imej seksi ini menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang sepatutnya dijauhi oleh pelajar. Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak yang menjadikan pelajar terlalu cepat matang, bukan matang dengan perkara positif, tetapi matang dengan perkara negatif.
Khayalan dalam cerita-cerita di televisyen juga adalah khayalan yang melampau dan ditakuti menjadi habit atau cubaan kepada pelajar. Contohnya Superman atau Spiderman yang memaparkan khayalan yang mustahil berlaku, dan jika diterjemahkan oleh pelajar dalam dunia realiti ini dikhuatiri mendatangkan kesan buruk.
Selain itu terdapat juga pengaruh terhadap nilai-nilai keagamaan. Contoh yang paling ketara adalah ada rancangan televisyen kegemaran pelajar yang disiarkan pada waktu solat. Jika waktu ini disia-siakan maka tiang agama mudah dirobohkan. Selain waktu yang tidak sesuai, rancangan-rancangan berbentuk merosakkan akhlak juga banyak dipertontonkan seperti pakaian, atau watak-watak yang tidak senonoh.
Kesimpulannya, televisyen memberi pengaruh yang besar dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada pelajar. Pelajar harus bijak memilih rancangan yang sesuai yang mendatangkan manfaat. Jauhi sebarang rancangan yang boleh merosakkan akal, fikiran dan tingkah laku.
Sunday, 14 June 2015
Pengenalan
Awal tahun 2010, pengaruh Hallyu Wave (gelombang Korea Selatan) telah berkembang ke seluruh dunia terutamanya di Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan dan di seluruh Asia. Ledakan ini secara tidak langsung membius dan memukau sebahagian besar masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja. Bermula dengan drama, lagu, peribadi, gaya hidup, dan budaya menjadi contoh ikutan remaja yang menjadikan artis Korea Selatan sebagai idola mereka. Bagaimana Hallyu Wave dapat mempengaruhi budaya dan etika khususnya di kalangan remaja Islam di Malaysia? Bagaimana pengaruh hiburan ini dapat menular dengan pantas terhadap gaya hidup anak muda di Malaysia? Adakah bentuk hiburan begini diterima oleh Islam?
Artikel ini akan membincangkan mengenai epistemologi konsep Hallyu Wave dan bagaimana pengaruhnya ke dalam remaja Islam kian berleluasa. Artikel ini terbahagi kepada 3 bahagian. Perbincangan pertama akan merungkaikan sejarah bermulanya Hallyu Wave seterusnya penulis akan membincangkan isu-isu pengaruh budaya Korea Selatan meresap masuk ke dalam fikiran dan gaya hidup anak muda khususnya remaja Islam dan. Seterusnya penulis akan merumuskan pengaruh budaya Korea Selatan mengikut tasawwur Islam.
Sejarah Hallyu Wave (Gelombang Korea)
Hallyu berasal dari dua perkataan China iaitu Han (韩) bermaksud Korea dan Liu (流) bermaksud arus. Dalam bahasa Korea, ia disebut Han(한) dan Ryu (류). Tulisan dan sebutan bahasa China dan Korea mempunyai persamaan. Bahasa Korea sebenarnya diadaptasikan dari karakter Cina (Hanja) dan dilengkapi dengan sistem fonetik seperti hyanchal, gugyeol dan idu. Perkataan Han dan Ryu digabungkan membentuk satu perkataan iaitu Hanryu atau Hallyu. Hallyu atau Hanryu, yang merujuk kepada pengaliran atau penyebaran budaya Korea Selatan ke serata dunia. Istilah ini muncul di China pada pertengahan tahun 1999 oleh wartawan Beijing yang terkejut dengan populariti hiburan dan kebudayaan Korea yang berkembang pesat di China.
Hallyu atau Korean Wave terdiri dari pelbagai aspek termasuklah muzik (Kpop), drama (Kdrama), bahasa(Hangeul), teknologi (termasuk smartphone dan automobil), komik beranimasi, komik, filem dan makanan dan kebudayaan. Dal Yong Jin (2012) mengistilahkan Hallyu kepada perubahan selari pembangunan teknologi digital dan media sosial seperti Youtube, perkhidmatan perhubungan sosial (SNS) dan telefon pintar (smartphone) pada alaf 21. Hallyu juga dikatakan sebagai penyebaran budaya Korea Selatan di China dan seluruh Asia tenggara sejak lewat 1990-an (Eun Mee Kim, Jiwon Ryo 2007). Maksud sebenar Hallyu berdasarkan penulis di atas adalah perubahan selari teknologi dan budaya Korea ke seluruh dunia..
Kpop (Korean Pop) adalah genre muzik yang menggabungkan tarian, eletronik, hip hop, rock, dan R&B yang berasal dari Korea Selatan. Ianya bermula lebih dari 20 tahun yang lalu, pada 1992 apabila penyanyi berkumpulan Seo Tae Ji memperkenalkan dan mempopularkan muzik rap dan tarian. Kdrama (Korean Drama) bermula sejak tahun 2002, iaitu sewaktu drama Korea Winter Sonata pertama kali ditayangkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia diikuti dengan drama Autumn in My heart, Full House, Dae Jang Geum dan Coffee prince. Namun K didepan adalah bukan sekadar hiburan semata-mata, ‘K’ itu sendiri merujuk kepada bentuk promosi negara mereka di mata dunia seperti Hyundai dan Samsung (John Lie, 2012).
Pada era 2000-an, Kpop semakin mendapat nama hampir di seluruh dunia. Ini terbukti dengan lahirnya konsert-konsert yang dibuat oleh beberapa kumpulan seperti Big Bang, Super Junior, Girls Generation, Beast, Wonder Girls di seluruh dunia, Ini termasuklah Perancis, seluruh Eropah, seluruh Amerika Selatan, beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Populariti mereka juga disebabkan oleh penyebaran maklumat di media sosial seperti di facebook, twitter, youtube blog dan sebagainya. Dengan media ini, kelab peminat mereka akan lebih meluas seterusnya anjakan paradigma besar populariti Kpop dan Kdrama.
Besarnya pengaruh Hallyu
Kemasukan Korea dan budaya mereka di Malaysia, banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Pengaruh Korea Selatan bermula dengan fesyen rambut, gaya pemakaian, fesyen baju dan aksesori, diikuti dengan budaya, bahasa dan makanan. Malah tidak dinafikan gaya fesyen masa kini lebih menjurus kepada fesyen masyarakat Korea Selatan yang sebenarnya lebih pro dalam mengamalkan gaya hidup barat. Walaupun secara tradisi, ianya bertentangan dengan pegangan agama Confusion masyarakat Korea. Jika dilihat sewaktu zaman Goryeo dan Joseon, pakaian dan tatasusila mereka lebih menjurus ke arah ketimuran tanpa melanggar adat dan adab timur.
Kebanyakan masyarakat Korea mengamalkan pembedahan plastik. Bagi mereka, mempunyai kelopak mata (single eyelid) amat tidak memadai dan mereka merasakan ia nya perlu untuk diperbaiki. Mereka kebanyakan akan menjalani pembedahan plastik yang mana mereka memanggil ia eye treatment. Begitu juga dengan hidung, keruncingan dagu, mulut dan sebagainya. Pendek kata, di Korea amat sukar untuk mencari seseorang yang cantik original. Tidak terkecuali dengan artis Korea yang rata-rata amat menjaga kecantikan mereka. Terdedah dengan gejala pembedahan ini, ada antara peminat yang ingin kelihatan cantik seperti idola mereka, sanggup menghabiskan banyak wang semata-mata untuk menjalani pembedahan plastik. Demi mendapatkan hidung yang mancung, dagu yang terbelah, kulit yang puteh, tulang pipi terserlah, mereka sanggup mengenepikan agama. Islam melarang secara terang-terangan melalui firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 117-119 :
’Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka,yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merobahnya". Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata’’.
Ulama mentafsir 3 pendapat mengenai takrifan mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia, mengubah fungsi sesuatu benda seperti pokok dan matahari untuk disembah, dan mengubah syariat Islam iaitu mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharam (zaharuddin.net).
Dengan merujuk kepada tafsiran ayat ini, perkara mengubah kejadian Allah seperti pembedahan plastik, meratakan gigi, mengukir gigi, mencukur bulu kening dan sebagainya. Selain diharamkan kerana mengubah ciptaan Allah, ia juga telah membazirkan banyak wang kerana pembedahan plastik amat mahal kosnya.
Selain pembedahan plastik, para peminat Kpop juga sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk membeli barangan artis tersebut seperti CD, poster, tshirt dan sebagainya. Ada juga yang sanggup berhabiskan duit dengan menghadiri konsert mereka yang pada pengetahuan penulis, adalah sangat mahal dan adapun paling murah RM 200. Dengan ini, artis tersebut dijadikan penaik semangat untuk belajar (pelajar), ada juga yang menjadikan mereka sebagai idola. Bukan sahaja CD, malah fesyen kasut, fesyen baju, hatta telefon mobil pun menjadi rebutan para peminat jika itu yang sentiasa dipakai oleh artis tersebut. Mengagung-agungkan orang kafir dan meniru gaya hidup, pakaian mereka adalah tidak dibolehkan sama sekali dalam Islam dan dikhuatiri lama-kelamaan akan menggugat akidah dalam hati.
firman Allah surah an-Nisa ayat 138-140 :
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (139) Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam. (140)
Ada yang lebih menarik untuk kita lihat, apabila artis datang melawat ke negara Malaysia yang rata-rata adalah muslim. Peminat Muslim yang berpakaian yang menunjukan mereka adalah Muslimah tidak segan silu memeluk dan bersalaman dengan artis pujaan mereka. Bukan itu sahaja malah ada yang tidak malu menari berjoget mengikut rentak artis mereka. Di sini kita boleh lihat, di mana pegangan agama Islam dalam diri mereka? Terang-terangan bersentuhan di anatara lelaki dan perempuan adalah haram di sisi Islam apatah lagi dengan orang kafir dan di mana imej Islam yang harus ditonjolkan jika menari dan berjoget tetapi bertudung?
Rumusan
Jika dilihat menurut tasawwur Islam, Kpop bukan sahaja mempromosikan kebudayaan malah ia dapat meresap ke dalam fikiran dan gaya hidup peminat Kpop. Pengaruh Kpop bukan sahaja dapat meruntuhkan akhlak namun, ianya dikhuatiri akan meruntuhkan aqidah juga.
Pengenalan
Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara. Kesan langsung ke atas sosioekonomi masyarakat ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan. Oleh kerana itu, Bajet 2009 yang diumumkan pada tahun lepas memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia(PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. Bagi melihat isu-isu sosial dengan lebih terperinci, blog ini akan cuba mengupas permasalahan gejala sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat melalui pendedahan statistik, tinjauan lepas dan pemerhatian.
Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara. Kesan langsung ke atas sosioekonomi masyarakat ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan. Oleh kerana itu, Bajet 2009 yang diumumkan pada tahun lepas memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia(PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. Bagi melihat isu-isu sosial dengan lebih terperinci, blog ini akan cuba mengupas permasalahan gejala sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat melalui pendedahan statistik, tinjauan lepas dan pemerhatian.
Punca - Punca Gejala Sosial
Banyak yang boleh nak diperkatakan tentang gejala sosial antaranya ialah:-
Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.
Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.
Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.
Terlalu Banyak Masa Lapang
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.
Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
Pengaruh Artis
konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.
Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.
Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.
Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.
Terlalu Banyak Masa Lapang
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.
Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
Pengaruh Artis
konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.
Kesan-kesan Masalah Gejala Sosial
Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
Jalan Penyelesaian Terhadap Gejala Sosial
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.
PERANAN IBU BAPA
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.
Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.
Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.
Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga.
Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk
berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat
Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just
take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.
Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak
PERANAN GURU DI SEKOLAH
Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.
PERANAN PIHAK BERKUASA
Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?
PERANAN MEDIA MASSA
Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.
MENGGERAKKAN KOMUNITI/MASYARAKAT
Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.
Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.
Surah-surah Al-Quran dan Hadis
Ayat Al-Quran
Surah An Nuur
Ayat 30
“ katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:”hendaklah meraka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Ayat 31
“ katakanlah kepada wanita beriman:” hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki meraka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukul kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Hadis
Hadis 1
Al-Khasykhasyas al-Anbari berkata: "Aku datang menghadap Rasulallah s.a.w dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya (yang bermaksud): "Apakah ini anakmmu?". Saya menjawab: "Ya". Baginda kemudian bersabda: "Jangan sampai engkau menyakitinya dan jangan pula dia menyakitimu."
Hadis 2
Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."
Hadis 3
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
“Tidak sempurna iman salah seorang antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sepertimana dia menyintai dirinya sendiri.”
Penutup
Isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana tersalah pilih kawan seperti kata-kata perumpamaan ini "jika kita berkawan dengan anak penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi tapi kalau kalau kita berkawan dengan anak penjual kambing kita akan mendapat bau busuknya" atau berpunca pada sikap diri sendiri yang mencuba sesuatu benda baru tapi memikirkan kesannya pada diri kita. Walaupun kita menunding jari diantara satu sama lain masalah ini tidak selesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita hendaklah bekerjasama antara kita seperti kata perumpamaan ini "bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh". Oleh itu hendaklah kita bekerjasama sesama kita tanpa perlu menunding jari antara kita.
Kegilaan Peminat Terhadap Selebriti(Budaya Pencerobohan Maklumat Peribadi) dan juga Kesan Terhadap Kehidupan Sosial Artis.
Dewasa ini ianya seakan menjadi suatu kebiasaan bagi golongan selebriti khususnya penyanyi dan juga pelakon untuk mempromosikan diri serta produk diri mereka melalui media sosial. Dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat dan juga munculnya alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi seperti komputer tablet, telefon pintar dan sebagainya, tiada lagi masalah timbul dalam mencapai rangkaian internet. Tempat, masa dan alat bukan lagi suatu kekangan komunikasi dan ini menjadikan seseorang itu terlalu terbuka di kalangan pengguna Internet. Seorang artis itu sering dilabel sebagai hak milik awam, dan ini menjadikan orang awam amat berminat dalam mengetahui perkembangan terbaru kehidupan artis terbabit bukan sahaja dari segi professional malahan peribadi juga.
Melihat kepada hal ini, kecenderungan seorang artis itu untuk berkongsi mengenai hal peribadinya juga adalah tinggi sementelah melalui kaedah itu sahaja mereka berkemungkinan berpeluang dalam memperolehi peminat baru. Sikap sebegini tanpa disedari sebenarnya telah melahirkan satu golongan yang terlalu fanatik terhadap diri artis tersebut sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja dalam menjadi golongan pertama yang mengetahui sebarang perkembangan terbaru artis terbabit.
Golongan yang obsess dengan artis ini sebenarnya sangat menakutkan kerana mereka dalam memastikan keinginan mereka dapat dipenuhi secara tidak langsung telah menyakiti diri serta imej artis di mata orang awam yang lain. Dalam mencapai matlamat untuk menjadikan artis itu hak milik mereka sepenuhnya, seringkali golongan ini melampaui batasan, antara seorang peminat dengan artis. Mereka akan menggunakan segala medium yang ada dalam usaha untuk membuat seorang artis itu sedar akan kehadiran mereka. Sebagai contohnya, terdapat banyak kes yang terjadi di Malaysia, yang mana ada di kalangan peminat menceroboh masuk ke dalam rumah artis terbabit dan memasang kamera litar tertutup di ruang legar peribadi rumah berkenaan, antara kes yang pernah direkodkan adalah yang melibatkan pelakon jelita, Nasha Aziz.
Arus kemodenan telah membawa perubahan dalam cara yang digunakan oleh golongan ekstremis ini untuk mengakses maklumat peribadi artis yang mereka kononnya sayangi, contohnya, budaya menceroboh masuk laman sosial peribadi, komputer dan juga pelbagai lagi akaun peribadi yang penting seperti akaun bank. Melalui golongan ini juga, timbul satu keadaan di mana media massa menggunakan maklumat yang mereka perolehi dalam mencipta gosip-gosip hebat yang mampu melariskan akhbar atau majalah mereka. Kitaran ini sebenarnya mendatangkan kesan yang buruk terhadap diri artis terbabit samaada secara fizikal mahupun emosi mereka kerana selalunya berita yang tersebar merupakan suatu yang terlalu besar dan mampu membawa kepada kehancuran karier artis terbabit.
Antara nama-nama besar yang terlibat dengan situasi sebegini adalah seperti penyanyi Indonesia, Ariel Peterpan dan juga kekasihnya iaitu pelakon, Luna Maya yang video hubungan terlampau mereka telah disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab menerusi penggodaman fail di dalam komputer Ariel. Ariel telah dipenjara kesan daripada penyebaran video ini. Ikon antarabangsa yang lain yang terlibat adalah seperti salah seorang anggota kumpulan lelaki Korea,Super Junior iaitu Eun Hyuk, yang mana menerusi akaun twitternya telah dikemaskini satu status yang mana membawa kepada penyebaran gambar bogel seorang lagi peserta rancangan realiti di Korea dan melalui tindakan golongan ekstremis ini, Eun Hyuk terpaksa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka bagi membetulkan persepsi orang awam yang mengikutinya di twitter. Manakala kes yang melibatkan pencerobohan akaun bank pula adalah seperti apa yang terjadi terhadap pelakon, Lisa Surihani yang lesap RM50000 dalam sekelip mata. Mungkin terdapat banyak lagi kes yang terjadi yang tidak diperbesar-besarkan demi menjaga maruah dan juga karier mereka yang terlibat.
Justeru itu wajarlah penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah siber diperketatkan lagi dan melindungi golongan yang merupakan ‘public figure’ ini kerana keberangkalian mereka untuk difitnah adalah tinggi. Melindungi di sini bukan membawa maksud memberi mereka satu hak atau imuniti terhadap tuduhan-tuduhan lain yang mungkin akan terjebak sama jika didapati bersalah, namun untuk memberi takrifan yang lebih besar dari segi apakah perkara yang disebarkan oleh penggodam dan hukuman yang menanti mereka, kerana mungkin penyebaran itu sebenarnya membawa satu masalah yang sangat besar kepada golongan artis itu sehingga kehilangan kerja, orang sekeliling serta kepercayaan terhadap diri sendiri yang mana mungkin membawa kepada pengakhiran yang lebih besar dan tidak diingini oleh semua pihak terbabit seperti bunuh diri.
Apa itu Jenayah Siber?
Jenayah Siber? Isu ini bukanlah isu yang baru timbul dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Isu ini sebenarnya telah lama diperkatakan, terutamanya selepas pelancaran Koridor Raya Multimedia. Sejak meluasnya penggunaan teknologi internet, segala perkembangan mengenai komputer khususnya era siber semakin mendapat perhatian dan diterbitkan melalui laman-laman web. Antara isu yang klise yang ada adalah kemunculan penjenayah siber yang dikenali sebagai 'hacker'. Kini kita dapat lihat golongan penceroboh komputer ini semakin aktif melaksanakan 'kerja' mereka menerusi siber.
Kevin Mitnick, hacker US pada tahun 1995
Sumber Gambar : Google
Terdapat pelbagai kategori jenayah siber. Secara menyeluruh, jenayah siber dapat dibahagikan kepada 1. Jenayah Siber terhadap harta benda
2. Jenayah Siber terhadap manusia
3. Jenayah Siber terhadap siber.
1. Jenayah Siber terhadap harta benda
a) Curi
-Jenayah ini melibatkan penjenayah terlibat dengan jenayah curi maklumat, curi wang, curi harta dan juga curi perkhidmatan. Jenayah curi jenis ini adalah sama dari segi konsepnya dengan jenayah curi yang dilakukan secara biasa. Perbezaannya hanya pada pendekatan dimana pencuri di alam siber melakukan aktiviti mencuri menggunakan pendekatan yang tidak nampak
b) Tipuan
-Bagi jenayah siber kategori ini pula penjenayah menggunakan kenyataan palsu dan juga salahnyataan bagi memujuk mangsa untuk berpisah daripada hartanya atau lain-lain barang berharga secara sukarela. Perlakuan jenayah sebegini seringkali berlaku di alam siber melalui internet dalam bentuk sistem piramid atau pemasaran pelbagai peringkat, peluang perniagaan atau francais, lelongan, jualan besar-besaran, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan dan juga peluang pekerjaan. Melalui medium ini, penjenayah menggunakan internet bagi menyampaikan kenyataan palsu kepada mangsa, kenyataan itu kemudiannya dikomunikasikan melalui laman web atau di e-mel terus kepada si mangsa.
c) Pemalsuan
-Jenayah siber pemalsuan di alam siber ini juga bermaksud dengan niat meminda sesuatu dokumen dan/atau dengan niat menggunakan dokumen yang dipinda bagi tujuan memperdaya seseorang. Penjenayah siber tersebut boleh menggunakan komputer bagi meminda atau mencipta dokumen bertulis atau dokumen elektronik yang palsu yang disiarkan di laman web biasanya.
d) Khianat
-Jenayah siber khianat ini termasuk lah virus komputer, vandalisma siber, pencerobohan jenayah(cyber trespass), rompakan dan yang seangkatan dengannya.
2. Jenayah Siber terhadap Manusia
a) Pengedaran Bahan-bahan lucah
-Seperti yang kita semua tahu, isi kandungan laman web yang paling popular di internet adalah melibatkan paparan bahan-bahan lucah sama ada dalam bentuk gambar, kesan bunyi, filem animasi mahupun cerita seksual. Bahan-bahan ini mudah didapati dan kadangkala tiada sekatan langsung untuk pengguna memperoleh bahan-bahan lucah tersebut.
b) Aktiviti Pornografi
-Selain daripada pornografi sebagai bahan lucah, kegiatan pornografi itu sendiri merupakan kesalahan jenayah. Sebagai contoh, kegiatan pornografi yang kerap berlaku adalah persetubuhan haram, seks dengan kanak-kanak, kegiatan lesbian dan juga homoseksual serta kegiatan seks manusia dengan haiwan. Permasalahan pornografi yang melibatkan internet ini sebenarnya menimbulkan sedikit masalah kerana sifat internet itu sendiri yang tidak bersempadanan menyebabkan ketidakpastian sama ada ia menjadi satu kesalahan jenayah ataupun tidak. Jadi kita dapat lihat ada sedikit kesukaran dalam membuktikan jenayah pornografi ini menerusi alam siber.
c)Pemburuan siber(cyber-stalking)
-Aktiviti ini sudah menjadi trend dalam era globalisasi masa kini. Tidak dinafikan, ramai antara kita yang melakukan aktiviti ini yang kita tidak tahu bahawa ianya merupakan salah satu daripada jenayah siber. Apa yang lebih teruk, ia mengganggu kehidupan seseorang dengan cara mengugut atau menakut-nakutkan mangsa. Disini kita dapat lihat terdapat tujuan yang tidak baik.
d)Gangguan siber
- Perbuatan gangguan siber ini boleh dilakukan dengan menghantar mesej seperti gambar-gambar lucah dan juga mesej-mesej yang boleh menyebabkan si penerima mesej terganggu. Gangguan seperti ini dikomunikasikan melalui e-mel, penggunaan laman web dan juga dalam ruangan sembang )chat program).
Jenayah dan Statut Tradisional yang Relevan bagi Mengawal Jenayah Siber.
1. Jenayah Menakutkan Secara Jenayah
- Seksyen 503 Kanun Kesiksaan
2. Jenayah Khabar Angin / Kenyataan Khianat
- Seksyen 505 Kanun Kesiksaan
- Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
- berita penyebaran tentang kemungkinan berlakunya rusuhan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dan ianya tersebar luas dan hampir kesemua pemilik komputer yang mempunya e-mel telah menerima berita tersebut
3. Jenayah Fitnah
- Seksyen 499-502 Kanun Kesiksaan
- Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
4. Jenayah Gangguan Seksual
- Seksyen 354 & Seksyen 509 Kanun Kesiksaan
5. Jenayah Pornografi
- Seksyen 292, Seksyen 372-377 Kanun Kesiksaan
- Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973
- Seksyen 2 & Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
- Seksyen 21 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997
JENAYAH SIBER : MENCARI SUATU PENYELESAIAN
Dalam mencari penyelesaian melibatkan isu jenayah siber ini, perlu diingat betapa tiada suatu cara yang mutlak bagi mengatasi masalah ini secara total. Hal ini kerana, jenayah siber ini merupakan suatu perkara yang tidak boleh diramal, ia merupakan sebuah jenayah era baru yang berkembang dan berevolusi seiring dengan perkembangan dunia teknologi. Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah mencari suatu jalan bagi mengurangkan kadar jenayah siber dan mengurangkan impak negatifnya terhadap mangsa-mangsa jenayah siber ini. Dalam merealisasikan perkara ini, usaha daripada satu pihak sahaja tidak cukup, sebaliknya kita memerlukan gabungan tenaga dari pihak yang pelbagai dengan menggunakan metod yang bervariasi bagi menghadapi permasalahan jenayah siber ini. Antara cara menghadapi permasalahan ini adalah dengan mewujudkan undang-undang dan undang-undang ini perlu disokong oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pihak masyarakat, kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.
UNDANG-UNDANG
Dalam mengatasi masalah jenayah siber ini, antara jalan penyelesaian utama adalah dengan menggunakan undang-undang sebagai garis panduan dan bertujuan untuk mengawal sebarang pelanggaran terhadap garis panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya, masih berlaku perlanggrana maka pesalah akan menerima hukuman yang berbentuk denda mahupun hukuman penjara. Bilamana, pesalah tersebut menerima hukumannya, ianya secara tidak langsung mampu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak mengulang kembali kesilapan yang sama. Maka, untuk mengatasi permasalah jenayah siber ini, beberapa undang-undang telah digubal seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan juga Akta Hak Cipta. Undang-undang yang pelbagai ini adalah perlu bagi menghadapi jenayah siber yang luas sifatnya dan merangkumi pelbagai bentuk dan cara.
BADAN KERAJAAN
BADAN KERAJAAN
Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah dengan mewujudkan agensi khas seperti Cyber Security yang merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Cyber security telah menjalankan pelbagai usaha bagi menghadapi permasalahan melibatkan jenayah siber ini, antaranya adalah Cyber999 yang merupakan perkhidmatan yang memudahkan laporan dibuat oleh pengguna apabila berhadapan masalah dari segi siber seperti gangguan, pencerobohan dan penipuan. Malahan, Cyber Security turut melaksanakan pelbagai usaha-usaha lain seperti 1Malaysia Cyber Security Clinic, Cyberguru: Information Security Professional Training, MyCert dan sebagainya. Usaha-usaha ini adalah penting daslam usaha memberi kesedaran dan engetahuan kepada para pengguna dan masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengatasi permasalahan tersebut.
BADAN BUKAN KERAJAAN
BADAN BUKAN KERAJAAN
Kewujudan undang-undang dan usaha dari pihak kerajaan sahaja tidak mencukupi bagi menghadapi isu jenayah siber ini, sebaliknya ia juga memerlukan kerjasama badan bukan kerajaan tidak kiralah pihak NGO, organisasi-organisasi, pihak media mahupun masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pemahaman dan pengetahuan rakyat mengenai jenayah siber ini perlu dibentuk agar mereka mengetahui hak mereka selain mengetahui kesalahan-kesalahan yang wujud ketika mengendalikan alam maya.
Antara usaha yang dapat dilihat yang dilaksanakan oleh badan bukankerajaan adalah usaha dari syarikat perisian keselamatan, Trend Micro Incorporated, yang telah melancarkan inisiatif kemasyarakatan keselamatan Internet, - ‘Trend Family’, bertujuan mendidik keluarga, belia dan kanak-kanak di Malaysia untuk melindungi kehidupan digital mereka. Hal ini adalah sejajar dengan agenda kebangsaan untuk mempromosi keselamatan siber dan amalan selamat dalam alam maya, Trend Micro, bekerjasama dengan Cyber Security Malaysia (CSM) dan International Telecommunications Union’s International Multilateral Partnership Against Cyber Threats (ITU-IMPACT) untuk mendekati rakyat mewujudkan pengalaman digital lebih selamat. ‘Trend Family’ adalah sebuah keluarga maya terdiri daripada kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman peribadi di siber yang berkongsi panduan mengenai perlindungan kehidupan digital peribadi, ahli keluarga menerusi perkongsian acara dan seminar sama ada dalam bentuk artikel, blog dan media sosial.
Selain itu, pihak media juga turut memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai jenayah siber dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, Berita Harian telah dilantik sebagai Rakan Kempen Jenayah Siber bersama 10 agensi lain menerusi inisiatif yang dilancarkan Universiti Lim Kok Wing. Hal ini membolehkan pihak akhbar sebegini lebih focus dalam memberikan maklumat berkaitan jenayah siber ini.
Kesimpulannya, undang-undang tidak mampu bergerak sendiri tanpa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, dan dasar ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan penerimaan oleh mesyarakat. Maka, ketiga-tiga perkara ini perlu bergerak seiring untuk mengatasi masalah jenayah siber ini.
(Isu Juvana)
Contoh esei.
Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.
Pendahuluan
Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Hal ini amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)
Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah juvana ialahmasalah keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti berlakunya konflik penceraian dan pengabaian terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang bermasalah menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah perkataan)
Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur negatif seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial. Sebagai kesannya, remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning, pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana meningkat disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)
Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan melalui pendidikan agama dan moral. Ibu bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan aktiviti-aktivti kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini dapat membentuk jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam jenayah juvana. (68 patah perkataan)
Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung gejala juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti ”Kempen Belia Benci Dadah”. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan perkara ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu kerajaan dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini, remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara. (70 patah perkataan).
Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat dibendung jika faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)


